Pages

Monday, July 14, 2008

Segi tiga Bermuda masih kekal misteri......

Hingga kini misteri Segi Tiga Bermuda masih belum terungkap. Wilayah perairan berbentuk segi tiga yang menghubungkan tiga buah bandar-pantai Bermuda, Miami, dan Puerto Rico. Disebabkan terdapat banyak pesawat dan kapal yang hilang menjdikan Segi Tiga Bermuda turut dikenali sebagai 'Devil's Triangle'.
Antara kejadian yang menjadikan Segi Tiga Bermuda dikenali sebagai tempat penuh misteri ialah berlakunya tempat kehilangan Flight 19 dan lima buah pesawat latihan milk Angkatan Tentera Amerika. Sebelum kejadian pesawat tersebut meninggalkan Fort Lauderdale, Florida dengan 14 orang kru dan hilang ketika melintasi laut berkenaan. Apa yang lebih menghairankan ialah kapal terbang penyelamat yang dihantar untuk mencari mangsa nahas tersebut juga tidak dapat dikesan!
Selain itu, pesawat lain yang hilang ialah pesawat DC-3 yang membawa 27 orang penumpang pada tahun 1948 dan pesawat C-124 Globmaster bersama 53 orang penumpang pada tahun 1951. Sebuah kapal tangki Marine Sulphur Queen pula di laporkan hilang pada tahun 1963 dan kapal nuklear Scorpion hilang bersama 99 orang krewnya pada tahun 1968 dan banyak lagi.
Terdapat banyak buku-buku, artikel dan rancangan televisyen yang sehingga kini masih membuat liputan tentang Segi Tiga Bermuda yang dianggap sebagai satu misteri dan Kontroversi yang masih tidak berpenghujung. Dalam pada itu ada juga individu yang menganggap setiap kejadian yang berlaku adalah secara kebetulan sahaja.
Pada tahun 1991 sekumpulan pengkaji memulakan kajian mereka terhadap misteri kehilangan kapal di Segi Tiga Bermuda ini dan mereka mengumumkan telah menemui serpihan kapal terbang Flight 19 dan lima buah kapal lain yang hilang selepas itu. Walau bagaimanapun sehingga kini kebenarannya masih belum dapat dipastikan. Dalam pada itu, terdapat banyak teori berkenaan misteri Segi Tiga Bermuda dan ada antaranya sukar untuk dipercayai.

TEORI PERTAMA
Terdapat satu wilayah tertentu di Segi Tiga Bermuda yang mempunyai medan magnet bumi yang sangat kuat sehingga boleh menyebabkan peralatan komunikasi, kompas dan sebagainya tidak berfungsi. Kekuatan magnet tersebut juga dikatakan boleh menarik kapal terbang dan kapal laut yang diperbuat daripada logam.

TEORI KEDUA
Ada teori yang dibuat mengatakan di kawasan Segi Tiga Bermuda terdapat ruang yang membawa perubahan dari dimensi ruang ke dimensi waktu. Jadi kapal-kapal tersebut sebenarnya tidak hilang, sebaliknya ia dilontarkan ke ruang waktu yang lain sama ada ke masa lalu atau masa akan datang. Memang pelik dan sukar untuk dipercayai.

TEORI KETIGA
Lebih rumit ialah ada yang mengatakan di dasar laut Segi Tiga Bermuda tersebut terdapat tempat tinggal makhluk asing. Jadi merekalah yang menculik kapal-kapal yang hilang dulu.

TEORI KEEMPAT
Ada yang mengatakan setiap pesawat dan kapal yang hilang diculik oleh manusia dari benua Atlantis. Bumi Atlantis ialah benua yang tenggelam di zaman prasejarah

Jadi pilihlah teori yang mana satu yang ingin kamu percayai. Memang susah untuk membuat keputusan, masing-masing mempunyai alasannya tersendiri. Apa pun jawapannya, peristiwa kehilangan pesawat di Segi Tiga Bermuda ini akan tetep menjadi satu misteri yang masih belum terungkai sehingga kini..........

Sumber : www.tokeikedai.net.my

No comments:

Post a Comment